A

|
rindu rindu :'D
Tuesday, July 24, 2012 • 1:07 AM • 0 comments
Hi and assalamualaikum
Ape khabar korang di bulan puase? Mesti ok kan? cume perut
jek yg berbunyi-bunyi mintak diisi, ye kan? hihi! macam tuh lah dengan aku,
sambil taip2 nih, perut nih, die boleh pulak main lagu pitbull. Dari tadi Berbunyi2. Hihi! padahal pagi tadi dah isi
dengan macam2 makanan dah, tak cukup dgn tuh, malam tadi, aku dah isi dengan
nasi jugak, makan tuh, makan ini. Tapi still berbunyi jugak. Huahua! Ragam di
bulan puase kan, lumrah lah kan. hehe!
Setelah 4 hari berpuase, aku dapat merasekan yg aku nih
betul-betul rindukan suasana berbuka di rumah, rase nak balik johor cepat jek
kan, takpe. esok aku mesti balik. haha! Tak boleh tahan dah duduk kat
hostel nih. takdek bazar L
Nih dah kali ketiga aku berpuase di tempat org. Jauh dari
family. Hehe! Lepas nih dah tak dapat lah nak puase kat sini, nak habis belajar
dah kan. lepasnih puase kat rumah pulak. Hehe! Dulu, 4 tahun aku merasa puase
dekat asrama, lagi lah sedih, dulu asrama jauh dari rumah, jarang aku balik
rumah, selalu cuti hujung minggu balik rumah pakcik jek. asrama kat tenggaroh
mersing, rumah dekat skudai, macam mane tuh? Jauh kan? hihi! tapi best , dapat
pengalaman, puase dekat asrama.
Tetibe teringat pulak suasana berpuase dekat asrama, bangun
pukul 4 pagi, pergi sahur dengan kawan2 dekat dewan makan, time tuh lah muke
semua macam beruang panda, bengkak jek kat bahagian mate . haha! Teringat time dulu2. Lepastuh pukul
6.30 petang, masing2 dah beratur, nak amek makanan untuk buke. Rindu suasana
tuuuuu. Lepastuh berterawih ramai2 dekat surau, mengaji ramai2 kat surau, buat
group,buat aktiviti khatam quran
beramai-ramai, rindu time tuhh. Hehe!
Tapi sekarang dah takdek dah, semua nye dah lepas, rindu
kenangan kat asrama. Nih mencipta pulak kenangan berpuase bersame housemate kat
hostel kolej. Memang mencabar lah, laok2 kat sini semua mahal2. Nak tak nak
kene jimat. Harituh, mase first puase, boleh pulak gas abes. Dah puase pertama
beli laok kat luar jek. nak beli gas? pk dah nak balik minggu nih, so biar
jelah, dlm 2 hari gitu, kitorang nekad jugak beli gas, sebab susah kalau takdek
gas, nak masak meggi pun susah, takkan nak masak pakai air panas kan? nak letak
telur semua tak boleh. Hihi! beli gas jugak. Hati da senang ade gas. Huhu!
Korang pergi terawih tak? aku dah 2 hari pergi terawih,terawih
kat surau bawah nih dengan kawan2. First
pergi, time puase kedua aritu. Ingat surau kat sini buat 8 rakaat jek, rupenye buat 20. haha! Tapi best lah, dapat
sampai 20, campor 3 rakaat untuk witir. Tapi start hari kedua, aku buat 8
je. hehe! Sebab, dah kautim dengan
membe2 nak buat 8, lagipun keadaan perut tak mengizinkan semalam. Hikhik! Takpe,
esok boleh pergi terawih dengan family, yahoooooo! Cepatkan lah mase, tak sabar
dah nih. haha!
Esok balik JB, so, esok boleh pergi bazar dengan family. Haha!
Alahai, rindu beno dah dengan family nih. cik abg pulak ade kat sane. Lagi lah
semangat aku nak balik, even rumah kitorang jauh , dlm 2jam perjalanan, aku
tetap excited nak balik, sekurang2 nye berada kat dlm satu negeri yg same. Hehe!
Ok la,rase macam dah panjang sangat je aku taip, selamat
berbuka ye korang, makan sila jangan gelojoh2. Hehe! Bye!
|
SOME WORDS! ![]() Welcome to my paradise. What do you want in here? . i love Mohdsyahir<> MY LOVELY! ![]() Profile
Stuff
Tagboard
CHOT CHET JOM! Rewind Credits ![]() Big helped: Aulia Septiya Edited: Farra Afieqa Redza |