A

|
dah lame tak JATUH CINTA
Saturday, September 24, 2011 • 10:44 AM • 0 comments ![]() assalamualaikum.Dah lame tak jatuh cinta or jatuh hati. Annoying! Apelah buat entry macam ni kan? Tapi betul lah ape yg aku cakap. Zaman jatuh cinta dah berlalu, sebabnye, saya tak tahu nak jatuh cinta dengan sape. Sedangkan saya dah ade ehem. Hihi! But, seriuosly, rindu zaman dulu, time aku jatuh cinta dulu. Nak tau dengan sape? Eh, adelah. rahsia Biaselah cinta monyet. Macam korang jugak kan? pernah rase? Tolonglah jangan tipu, mesti pernah mengalami. Elehhhh :P Aku terpikat dekat sorang MAMAT ni. Nak katekan handsome? Aku jek yg boleh cakap, handsome. Nak kate comel? Comel lah jugak. Nak kate shuwettttt macam gule-gule? Boleh tahan. Memang shuwettt pun. Hihi ! kalau die senyum, YA ALLAH, bagai nak gugur jantung aku nih. time dulu lah, sekarang dah tak dah, sekarang tengok die senyum, rase macam bahagia. Hihi! tapi sekarang dah takdek senyum sangat dah, muke marah jek lebeyyy :P Aku jatuh cinta dengan die sampai meroyan dekat asrama. HAHA! Duduk tersenyum-senyum, bila meseg dengan si dia, tersenyum-senyum, ketawe-ketawe. Sampai budak dorm aku cakap “farah, kak farah nih, dah tak betul eh senyum, ketawe sorang-sorang? HAHA! Dorang cakap cengitu, lagi lah aku senyum. Yelah, org sudah hangat jatuh cinta kan. HAHA! Eceh, bile dah jatuh cinta, makan tak makan same jek, perut kire full jek. mandi bukan kejap-kejap, lame. Siap nyanyi-nyanyi, bile keluar, bederet budak tunggu turn nak mandi, buat muke letak cuke kat aku HAHA! *time kat asrama dulu lah, kalau pergi kedai ke, mesti tengok kiri kanan, kot-kot die lalu kan? selalu pergi sekolah, balik sekolah nak jalan kaki, sebab nak tunggu si dia lalu lah. HAHA! Dok lepak koop lame-lame, sebab nak tunggu si dia datang koop. HAHA! Selalu ponteng kelas, nak tengok si dia. Kalau korang nak tahu, start aku form 2,aku dah degil tauu, selalu ponteng kelas, walaupun aku nih dulu seorang pengawas time form2. Start jek form 3, dah tak jadik dah, malas. Hihi! Tak tahu , malas nak jadik mc bile ade perhimpunan.tak best lah nak ponteng pakai baju pengawas kan, malu lah i, kalau kene tangkap dengan cikgu. Itulah perangai aku, biase lah belum ke tahap dewasa lagikan. Budak budak. Dan lagi satu, selalu beli topup, habiskan duit ke topup dari makan, gare-gare nak meseg dengan die. haha! Eh, mesti pelik kan, tadi kate dok asrama, kenape boleh bawak handphone? Ahaaa! Kalau nak tau, aku dulu, kaki bawak handphone dekat asrama, handphone selalu kene rampas. Hihi! Degil lah katekan. Pernah kene marah banyak kali, tapi tak pernah serik. Hihi! Time zaman cinta monyet letuewww :p Bile jumpe die, muke rase macam nak masuk dalam baju, muke malu, merah pipi macam pakai blusherr. Haha! Rase macam nak lari 100 km kat padang sekolah tuh, bile die kate hye, mulut berat macam ade emas haa. Last-last muke masam aku berikan kat die. eceh, bukan masam, muke shuwetttt. Tak gitu? Banyak lah bende bile jatuh cinta nih. Hihi ! kan kan? dan banyak jugak bende terjadi kalau kite putus cinta, kan?buat mase sekarang, tak pernah rase lagi, mintak-mintak dijauhkan. sampai sekarang bile aku dok pikir-pikir balik, aku tergelak, berguling-guling lagi. HAHA! Sekarang nih, aku dah tak mengalami dah semua bende tuh, takdek feel dah nak jatuh cinta. Mungkin sebab aku dah ade yg punye. Boleh gitu? mungkin jugak , aku sayangkan die tuh, dan tak tengok lelaki lain? Ececeh. Eh, betul lah tuh. Bukan ape. Bagi aku, kalau aku dah jumpe org yg serasi dengan aku, buat ape aku nk jatuh cinta dengan org lain. Kalau ade jodoh tak kemane. Kalau dah tak dek jodoh dengan die. dan dijodohkan dengan org lain, terime jelah.hidup mati kite, jodoh ketentuan Itu adalah ketentuan daripada yg maha esa. Aku mampu berdoa, semoga jodoh aku dengan die. amin. moral of the story banyak nih. cari lah sendiri, paling penting, jangan dok rak bercinta, selalu lah berdoa, agar ditemukan dengan pasangan yg baik . mudah-mudahan J nih aku terjumpe, sewaktu aku jengah2 ke bloggers lain , aku tetarik dengan entry die J Soalan: adakah perempuan berasal daripada tulang rusuk lelaki? Boleh tolong jelaskan secara terperinci berdasarkan dalil al-quran dan al- hadis? Jawapan : wanita diciptakan dari tulang rusuk merupakan kiasan yang menerangkan tentang secare umumnya sifat degil itu wujud dalam diri wanita. Tulang rusuk didalam penciptaan-Nya adalah bengkok memainkan peranan dalam perciptaan-Nya. Ia juga berkait rapat dengan fitrah kejadian wanita samada dari sudut fizikal , psikologi serta bertanggungjawab yg tergalas dibahu mereka. Wanita dari sudut fizikalnya adalah lemah dari lelaki , oleh itu mereka sukar untuk melindungi diri mereka dengan menggunakan fizikal mereka sendiri. Fitrah mereka dikurniakan rasa degil dan malu sebagai senjata untuk melindungi diri mereka. Wanita adalah insan yg memiliki jiwa yg halus, lemah lembut, penyayangdan kadangala sering berubah-ubah dan istiqamah dalam sesuatu perkara. Dalam islam, wanita sangat dihormati dan diberikan tempat yg tinggi dan mulia, umat islam diseru untuk melayan kaum wanita dengan baik dan bertimbangrasa. Mereka yang beriman dan memelihara kehormatan diri serta berpegang teguh dengan agama adalah wanita yang disanjung oleh baginda RASULULLAH SAW. Hadith diatas cukup sempurna bagi menggambarkan sikap prihatin rasulullah kepada wanita. Rasullulah berpesan dengan sesungguhnya agar melayani kaum wanita dengan cara yang sesuai dengan individu wanita itu sendiri. Cara menangani hal wanita haruslah penuh dengan kebijaksanaan, hanya lelaki yang bijaksana sahaja dapat melaksanakan peranan rasulullah ini . Credits : http://ahmadsyahmi1312.blogspot.com/2009/11/wanita-daripada-tulang-rusuk-kiri.html Ok bai. love mohd syahir :)
|
SOME WORDS! ![]() Welcome to my paradise. What do you want in here? . i love Mohdsyahir<> MY LOVELY! ![]() Profile
Stuff
Tagboard
CHOT CHET JOM! Rewind Credits ![]() Big helped: Aulia Septiya Edited: Farra Afieqa Redza |